:.: kembara Hamba mencari Cahaya :.:
Lontarkan ...kalau tidak ia meracun. Kongsikan ...walau hanya pada awan-awan
Total Pageviews
Wednesday, March 21, 2012
perlukah cemburu?


aku jeles!
ya...memg aku jeles. jeles betapa cerdiknya mereka2 itu...bukan menyalahkan takdir, tpi hati ini begitu tersentuh mengenangkan beberapa perkara d sekelilingku. sekali lagi aku tegaskan. aku tdk pernah menyalahkan takdir.bahkan aku bersyukur Allah mengurniakan nikmat2 hidup yg tdk terhitung banyaknya. jauh lbh banyak berbanding mereka2 yang diuji krna Allah sgt sayangkan mereka...
ya, adindaku tidak sebijak mereka2 itu. Aku sgt marah krana ramai yg sering membandingkan adindaku dgn sepupunya yg taraf kecerdikannya tinggi...memang aku marah! kdg2 aku sdri membandingkan..tpi supaya semangatnya lbh kuat, supaya lebih berusaha...BUKAN merendahkan...itu adindaku, tdk mungkin ku kutuk...bahkan aku pun tdk setaraf mereka itu. spm aku tdk mencapai piawaian budak pandai! aku tidak kecewa kerana itu.
Allah maha Adil...sejak kecil shga berusia 22 aku sedar sifat Allah itu. aku yakin sepenuh keyakinan Allah tentu menyuntik nilai2 lain atau kemahiran dalam diri adindaku seorang serta diriku sendiri. tentu ada! mungkn belum discover. atau pon aku sdri menutup mata atas nilai2 lain yg Allah kurniakan padanya dan padaku... rezeki Allah itu luas. karunia Allah itu banyak sebanyak-banyaknya.
reflect to you jah dear.
Alhamdulillah syukur ya Tuhan. tapi kau mgkin akan jatuh d masa depan. you may rise or you might fall. remember that!! jangan berlagak x tentu pasal.
tidak mengapa, berusaha lagi.berdoa lagi. bekerja keras lagi. keep standing! keep your Faith!!!
Thursday, March 1, 2012
ANGRY BIRD!


Assalamualaikum wbh n a very good morning to ladies n gentlemen.(written down on 11th feb 2012 9am)
intro*
last thursday, tetiba je perasaan perasan baik menjelma. lalu, ku buka la forum perdana........konon r kan. (tu pon selang seli ngan kisah pilih kasih.booooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)
tajuk forum tu "jangan marah nanti kena jual", dgn membawakan panelists ust Bad hape ntah namenye ng ustz asni mansor.
okay. marah ni semua org pon ada.signifikannya marah ni ada jugak kebaikannya, bukan keburukan saja. tapi marah hendaklah bertempat..for instance kalu orang hina agama kita, xkan kita nk senyum je. kalu orang hina negara kita, xkan nak gelak guling2 lak kan. gilo apo?? nak2 byk skg ni yg hina nabi kita Muhammad SAW, dgn buat karikatur menghina Bagnda SAW dsb. memg kurang hasam giler giler giler r kan...(aku nk bgi ayt dahsyat agi senanyer tapi dalam ati je lah).
psikolognya marah itu mencetuskan kekuatan. ala sabil misal (ceh, amik ko kuar bahasa arab daaaaa), ce tgok org main boxing aka boxer (?-bukan ker boxer tu suar-pendek-kotakkotak-dak lelaki? argh lantak la), b4 lawan tinju tu mesti coach dorg ketuk2 dlu kepala dorg atau pon torture sikit nak bagi marah. tgok popeye the sailorman lak, kalu kena hina ngan si gemuk yg selalu kidnap olive , popeye selalu makan spinach sbb dy marah. dah marah barula buleh lawan. haa itu lah perlunya marah dalam diri seseorang. Agama Islam x suruh jangan marah tapi islam suruh KAWAL. CONTROL.
apa implikasinya orang yang marah2 dan yang kena marah?
mengikut kajian, ustaz tu kata ia akan membawa kepada penyakit jiwa dan mental. orang yang terluka ni they can forgive but never forget. dijangka penyakit jwa dan mental akan menjadi antara penyakit2 utama selepas penyakit jantung, diabetes dsb. so sape yang x hendak ke tanjung rambutan jangan selalu marah2. arasso chingu??
cham.apa nak buat apabila berhadapan dengan orang yang selalu marah- marah?
satu boleh buat, bagi ruang pada dia. oram putes kata "space". biar dulu dia melayan perasaan sorang diri, dah sejuk dia tu hah barulah korang sekolah kan dia balik. kalu time dia marah tu korang pon nak naik angin,, hah, tunggulah korang. kalu korang tu isteri, nak2 dapat lah talak 3 juta kali hari tuh.
hah ni ada satu tip nak elak suami isteri sentiasa bergaduh dan seterusnya mengelak penceraian. < asal masuk part suami isteri lak.hadooiii!). yang ni lebih kepada peringatan untuk isteri yeah... jangan dok tanya banyak2 atau pon tanya silly questions atau pon membebel x tentu pasal kat suami korang dalam 3 keadaan ni.
1. apabila suami baru balik kerja penat penat
2. apabila suami lapar
3. apabila suami marah.
ha,, time ni baik korang jangan dok buat banyak mulut sangat. prepare juice ker, ada la jugak pekdah nya kan nyah?? hahaha
ok dah. cukup la dulu setakat ni. jumpa lagi selepas ini, insyaAllah.
LOVE NEEDS


The Primary Love Needs Of Women N Men (8 feb 2012. 11.15pm)
i got this from a reading material "Men Are From Mars, Women Are From Venus", an interesting book for one who wants to learn and improve her relationship with the opposite sex. it is a useful book to know our opposite type of gender better.
it might be of some uses if u want to know ur spouse or their needs if u really have no idea why they behave like that (read:annoyingly) out of the blue.
now! here are the listings:
WOMEN NEED TO RECEIVE:
1. caring
2. understanding
3. respect
4. devotion
5. validation
6.reassurances
MEN NEED TO RECEIVE:
1. trust
2.acceptance
3. appreciation
4. admiration
5. approval
6. encouragement
Ladies and gentlemen out there!!!! btoi ka????
BOSAAANNN

Assalamualaikum n a very good evening. (jotted down on 8th feb 2012 10.46 pm)
bosan tahap babas!!!!!
haiyya.apa la nk jadi ngan aku neh... almaklumla kalu yg ader pakwa dan makwa tu mesti la tak kan sampai bosan giler melampau macam aku neh…..
sesungguhnya tahap boring aku dah kritikal nih...xdak hobi nk ngisi maso lapang ei jang.hobi menonton tb nampaknya dh semakin terhakis. dah habes citer dlm laptop dh aku ulang..
yg lagi best semata2 nk ngisi masalah bosan yg melampau aku siap baca kitab hadith lagi tuh.perghhhhhhhh!!!!!!! aku pon terkujat beruk yg aku baca kitab hadith! yg translation arabic-english, nama kitabnya RIYADHUS SHALIHEEN karangan IMAM NAWAWI RAHIMAHULLAH. Dok belek2 cabinet buku ayah aku, tup2 terjumpa kitab nih….ghuponyo bes gak baco kitab ni ea jang!. Aku baru baca sal cara makan yg dianjurkan Rasulullah SAW. contohnya Rasulullah SAW makan ngan 3 jari, pastu lps makan Baginda SAW akan jilat ketiga2 jari tadi.
Dlm hdth tu kata jangan lap jari sehinggalah jilat dulu jari tadi... aku penah terbaca yg enzim2 akan dirembeskan utk memudahkan proses penghadaman. Xtaw la sejauh mana tepatnya……Tapi takyah nk jilat melapau sgt mcm jilat jari cikenn..hujung jari cukop r der…so kalu xnk jilat sdri, bgi kucing jilat pon ok gak.
pastu ada byk lagi hadith sal manner time makan eg. jangan hembus air yg hndak diminum, time minum air, kna lpskan nafas di luar gelas. Rasulullah SAW minum 3 teguk dan 3 kali baginda bernafas di luar gelas.
skang ngah baca sal manner during salutations or greetings. bagaimana nk greet non muslims n etc...yg ni ku share later ya readers! (kalu la ada readers kan.......hehehe)
ok cukup la dulu cik jah hooii..kalu rajen kutulis lagi. iAllah.
Tata titi tutu..ermmm……..pekena tutti fruity best gak nihhhhhhhhh!
Assalamualaikum.
KU CUBA MENULIS

Assalamualaikum WBH n a very good late evening :) (7th feb 2012…6.30 pm)
(intro: none)
aku memg xda bakat menulis.tpi aku rasa aku perlu utk berlatih expresskan feeling sdri sebab sejak diberanakkan lagi aku memg bukan jenis yg pandai luah apa yg dirasa. i'm trying not to make it so serious as if i m talking about suffering lung cancer here.. okay?hahhaha
so smile everyone! kalu rasa nk gelak tergolek2 pon aku alu2kan,.tu pon klu nk suh org tengok pelik ar, smbil fikir..."gilaaa ka hapaa orghang niih"???
cham.now.
lets express dude!
Without delaying (ceh,,cam ayat noted(read:popular) time jwb karangan english standard 6 jer), deep inside my heart i feel like i need to make some improvements on me.. every time reading about successful people, i feel they inspiring me somehow....yes, i want to be like them. or if not, i want to be a person who can inspire other people too with my personality, job, n knowledge...
However, i dont find myself as an interesting girl. yes! not much to say, i am a dull n boring dude!!hahahaha….that is why i want to improve myself x kra la in terms of personality, knowledges, skills n what not...
oooowkeey! let's list them down.
1. improve english speaking ability..arabic also why not kann.. a good idea babe!
2. nk kuruskan badan tpi biaq la sihat...nk macam ayu raudhah jer...heh heh heh
3. nk kulit muka yg licin dan cerah...macam...??klu nk mcm dr halina tu melampau la plak.
4. nk pandai masak. this is in progress.i m working on it...no need much effort pon,,asal rajen jer dah booollleeehhhh
5. have to read lots of reading materials so that i know a lot and can practise n share bout them.
6. have to hv guts.yes! kna berani express opinions on something. cannot just follow peoples'. kna berani!! xda salah n btol. aku kna ingat
ini adalah pandangan aku.buah fikiran aku. biar pon org fikir pandangan aku tuh x berapa cerdik. atau org ni memg x banyak ilmu...i have to air out my views but of course with logical thinking. everyone has right to speech n expression.
hehe.byk sunggoh yg aku nak.kan? ada lagi p malas nk listkan.
xpe ah..janji desire tuh ada..
...
- that's all for the time being.ada peluang ku tulis lagi- :D.assalamualaikum.
Wednesday, December 15, 2010
anda rasa anda cantik ker?
Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.
source: iluvislam.com-Aireensamirah | Editor: mawaryangtinggi