Total Pageviews

Wednesday, December 15, 2010

anda rasa anda cantik ker?

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.

Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)

Perlukah jadi cantik?

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.

Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.

Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.

Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.

Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.

Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.

Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.

Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.

Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

source: iluvislam.com-Aireensamirah | Editor: mawaryangtinggi

Monday, December 13, 2010

CENDAWAN GORENG DAN ABC



Assalamualaikum…anyeang haseyo!
(mood korea ckt!hak33...u.p aku bru abes bcer novel brlatar blakangkan tokyo, jepan...japanese sebut 'nihon')hoiii...apo plak!!jepon ngan korea...ader kaitan ker??

okay okay okay ler~
2,3 ari lps an,,sepupu aku ajk teman dy p beli tiket bas kat pekan kecik tmpt aku nih…
Aku pon aper laie,,pigidah smbil nk memahirkan skill memandu aku yg masih tunggang langgang lagi nih…
Punyer la lamer aku tgu dy bli brg2 len,(dah la dy siap tggl adik dy ngan aku lagi,,suh aku jger..huhu) perut aku ni tetiber jer mintak makanan an.. dh tgh hri dh time tu…
dah kat tmpt aku park keta kecilku tu ader beberapa buah gerai pisang goreng dan sahabat2 nyer…apo laie,,aku pon p la jenguk2 kdy tu dengan sengihan kelaparan….

Zapppppppp!!
aku pon beli la pisang goreng+keledek goreng+cendawan goreng…nk buat balik skali la,,sbb tu beli byk2 jenis….air2…haa,beli lak ABC….
Fuh!! Sedap ooo rupe2 nyer cendawan goreng panas, pekena ngan ABC…makan lak tyme tgh hari…perut lak ngah lapo…fuh,,awesome!! Lagi sdp kot dri kfc uh…



okay itu sajer criter cendawan goreng kita dan ABC yer adik2...
adik2 dpt x per motif akak sbnrnyer nih???

Hahaha…moralnyer…makanla cendawan goreng ngan ABC tyme korg boring tahap gaban tunggu seseorang!
~daa

Tahun baru semangat baru pt 2!




selamat berazam dan melaksanakan azam baru...
p/s: (smangat tol kawan n unni aku tu ngah bcer buku,,bdk kat bwh tu jer asek dok berangan~)

sumer org mesti ader raser nk buat bnda2 baru kan….ader yang plan nk wat paper ker,,smpena semester break ni… few weeks later,,kiter nk bukak sem baru dah…
Saper yg da ader azam lam hati tu…(bukan namer pakwe eyh…huhu) syabas la aku ucapkan…kirenyer kepala hutaks korg tu ade la gak diguna pakai sebab korg dah fikir ,mende yg korg nk buat cuti-cuti mesia ni…xde la berkarat mcm tu jer hutaks korg sblm masuk sem baru neh…

Tengok3!!!! aku ni leh tahan gak merapu kalo dah taip kat cni…gayer dh merepek ngan adik pompuan aku yg 2 oram tu jer…huhu…
kalo kat luar aku aser aku ni pendiam jerk an…hiks33((diam ker???))ye lar,,kire golongan pendiam la gak aku ni nk banding ngan oram2 yg suker bcakap tuh…

hoh!!!ni dah tersasar jauh dah ni cik jazz oooiii
oppppsss…okey2
back to the subject...don't drop the subject k...
aku cumer nk record aku nyer plan dan matlamat jer,,tyme2 cuti gni…
bahasa omputihnyer short-term goals…mender yg aku dpt drp cuti kali ni…mnder gak yg aku buat…

Ok,,sajer jer nak act ngan korg ckt..hueh22

Cuti ni kan,,,aku dah bersihkan seluruh umah manis umah aku ni…omputisnye,,home sweet home...hehe
mula2 sapu samph dan debu2 dlu,,,then aku mop lak pakai floor cleaner…
Fuuuhhhhhhh!!!! puas hati2,,,sebab berkilat jap lantai umah aku!

mula dari tangga putih yg nk msuk pntu utama depan, then kat dalam umah- ruang tamu dan seluruh isi bilik,,then kona balik,bersih seluruh tangga simen yg tempat letak keta mak aku tuh,,then bersih tangga hitam yg ada pntu masuk satu lagi…

okey,,settle tmpt2 tu sumer…haku pon bersih la plak kat area dapor…
fuuuuhh,,,punyer la x bersihnyer dapur umah haku tuh….knaper la ku br sdr nk bersihkan,,,huhu

Sbb aper,,cik ti (tikus) banyaaaaaaaaaak sangat ngah bersuka ria berkampung kat dapur umah haku tu,,,,smpai aku ader ngah berlegar cari makanan kat dapur pon sempat agi dia kuar tunjuk muka…haishhh,,aser nk smackdown jer cik ti2 tu sumer…xtakot kat tuan umah langsung taw dorg ni….tetiber aku aser cam aku plak yg menumpang rumah dorang tuh…sdey tol!!

Ok,,kat dapur lak ambik maser lam 2,3 ari gak la nk bersihkan sumer…sbb aku yg mals ni buat ckt2 jer kan…dah aser boring tu aku benti…pastu start balik soknyer…
Mula2 bersih tmpt kat atas tmpt pinggan mangkuk, tmpt dapur, sinki,,last skali area meja makan …
Then aku angkut sumer tupperware2 dah periuk belanga yg der kat 2 buah tingkat …basuh ler per lagi…ngan tgkat2 periuk skali haku basuh!(rajen x aku rajen x aku)hehehe

Ok,,settle yg tu,,,
Sapu2 sume area dapur,,them mop lak lagi skali….

Ahah3,,akhirnyer !!!!
lega giler kot aser sbb dh settle sumer…xyah mop dh buat mser trdekat ni…sapu g2 jer la…tu pon kalo aku rajen ler…

Tapi sygnyer aku luper nk snap gmbr sblum dan slps…almaklum ler,, kalo balik kg jer,,dah luper ktner aku cmpak yari aku tuh…(hp burok aku nmer dy yari)..sbb dy senyap jer,,,xbunyik2 pon…(sdey x hdup aku….huhuhu)

Hehe…tu jer la repekan aku kali nih….ni gak salah satu care nk promote diri sdri…(saper yg berminat bleh offer borg jdi org gaji kat haku) kik3333
Daa~

Sunday, December 12, 2010

Tahun baru semangat baru pt 1!


Assalamualaikum wbh…good evening!

heya blog!!!
dah lama daku tinggalkan ko,,tetiber rase nk hupdate plak blog aku yg baru tapi dah bersawang dan berkarat neh…hueh2...
Manyak2 sori taw bloggy!!

Sebelum macam2 aku merapu kat cni…baik aku ucap slamat dlu sempena tahun baru hijrah ni…
Selamat menempuh tahun baru hijrah 1432H…moga korg sumer bahagia sentiasa dan lebih tabah menghadapi ujian Tuhan ~tu tuk sesaper yg tgh menghadapi ujian hidup yg akan lebih mendewasakan korg…aku jugak..(ko pehal nk gak menyeboks!! heya minah ni la haii)^^v

Selamat mencipta dan melaksanakan azam baru…